Sukan Hari Ini

Hadiah RM10: Orang tak nampak saya kalung pingat

“ORANG tak nampak saya kalung pingat kepada pemenang. Yang mereka nampak replika cek hadiah itu sahaja,” demikian reaksi terbaharu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung kontroversi hadiah kemenangan dalam program Junior Cycling Malaysia (JCM) yang disifatkan terlalu rendah.

Menurut Khairy, hadiah wang yang diserahkan kepada pemenang sebanyak RM30, RM20 dan RM10 hanyalah sebagai token.

Disebalik kontroversi itu, Khairy mengesahkan program sama akan tetap diteruskan pada masa akan datang.

“Tapi Hadiah kita mungkin tak akan beri wang tunai selepas ini. Kita akan hanya…selama ini kita sudah beri pingat. Cuma replika cek itu yang menjadi masalah. Jadi, mungkin kita akan beri baucer selepas ini.

“Selama ini ada program pembangunan bola sepak negara yang dikendalikan KBS, kita tidak beri hadiah wang ringgit pun, hanya pingat sahaja. Jadi, tiada masalah,” katanya.

Beliau melihat kontroversi itu memberi impak positif kepada program tersebut kerana ia kini dikenali di seluruh pelosok negara.

Sebelum ini, Khairy dikecam hebat netizen di media sosial berikutan pemberian hadiah bagi program JCM yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Serdang (Maeps) pada 9 April lalu dianggap seperti tidak berbaloi.

Sementara itu, mengulas soal dakwaan peruntukan bagi program itu sebanyak RM2 juta, Khairy menjelaskan dan meminta agar tiada pihak yang salah faham.

“Peruntukan RM2 juta itu untuk keseluruhan program yang melibatkan 16 perlumbaan seluruh negara termasuk peralatan, basikal, pendedahan di luar negara, termasuk mereka yang dipilih daripada perlumbaan ini untuk dilatih.

“Bukan RM2 juta untuk satu program di Serdang sahaja. Dana itu untuk keseluruhan program, maksudnya kita akan cungkil bakat dengan menghantar mereka ke luar negara untuk berlumba.

“Itu yang RM2 juta jangan salah fahamlah. Jangan kata RM2 juta itu untuk program di Serdang sahaja,” katanya.”ORANG tak nampak saya kalung pingat kepada pemenang. Yang mereka nampak replika cek hadiah itu sahaja,” demikian reaksi terbaharu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung kontroversi hadiah kemenangan dalam program Junior Cycling Malaysia (JCM) yang disifatkan terlalu rendah.

Menurut Khairy, hadiah wang yang diserahkan kepada pemenang sebanyak RM30, RM20 dan RM10 hanyalah sebagai token.

Disebalik kontroversi itu, Khairy mengesahkan program sama akan tetap diteruskan pada masa akan datang.

“Tapi Hadiah kita mungkin tak akan beri wang tunai selepas ini. Kita akan hanya…selama ini kita sudah beri pingat. Cuma replika cek itu yang menjadi masalah. Jadi, mungkin kita akan beri baucer selepas ini.

“Selama ini ada program pembangunan bola sepak negara yang dikendalikan KBS, kita tidak beri hadiah wang ringgit pun, hanya pingat sahaja. Jadi, tiada masalah,” katanya.

Beliau melihat kontroversi itu memberi impak positif kepada program tersebut kerana ia kini dikenali di seluruh pelosok negara.

Sebelum ini, Khairy dikecam hebat netizen di media sosial berikutan pemberian hadiah bagi program JCM yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Serdang (Maeps) pada 9 April lalu dianggap seperti tidak berbaloi.

Sementara itu, mengulas soal dakwaan peruntukan bagi program itu sebanyak RM2 juta, Khairy menjelaskan dan meminta agar tiada pihak yang salah faham.

“Peruntukan RM2 juta itu untuk keseluruhan program yang melibatkan 16 perlumbaan seluruh negara termasuk peralatan, basikal, pendedahan di luar negara, termasuk mereka yang dipilih daripada perlumbaan ini untuk dilatih.

“Bukan RM2 juta untuk satu program di Serdang sahaja. Dana itu untuk keseluruhan program, maksudnya kita akan cungkil bakat dengan menghantar mereka ke luar negara untuk berlumba.

“Itu yang RM2 juta jangan salah fahamlah. Jangan kata RM2 juta itu untuk program di Serdang sahaja,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");