Jenayah

Histeria: Cuti sehari di SMK Pengkalan Chepa 2

KOTA BHARU: Cuti peristiwa selama sehari diberikan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, hari ini selepas lebih 50 pelajar termasuk guru diserang histeria di sini Isnin lalu.

Ini bagi memulihkan keadaan pelajar dan sesi pembelajaran dijangka dapat berjalan seperti biasa pada Ahad ini.

Pengetua Sekolah terbabit, Siti Hawa Mat berkata, bagaimana pun semua guru termasuk 11 guru yang turut dirasuk hadir ke sekolah seperti biasa hari ini.

“Namun pelajar yang dirasuk diberikan cuti hari ini bagi memulihkan keadaan mereka selepas kejadian itu.

“Hari ini kita kita turut menjalankan sesi rawatan pemulihan dengan perawat perubatan Islam termasuk dengan solat hajat dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.?

Siti Hawa berkata, ?kejadian itu merupakan kes pertama di sekolah terbabit sepanjang 15 tahun sekolah itu digunakan.

“Kami mengharapkan supaya jika ada Perawat Perubatan Islam dapat membantu supaya tampil ke sekolah supaya dapat membantu memulihkan keadaan sekolah,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");