Sukan Hari Ini

Zainal lega raih tiga mata

Kuala Lumpur: Selangor yang hampir terjerat dengan ‘tipu helah’ pasukan Sheikh Jamal Dhanmondi sebelum bangkit pada penghujung saingan untuk meraih kemenangan kedua dalam kempen Piala AFC nyata melegakan pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan.

Jaringan pada minit ke-89 hasil sumbangan Patrick Ronaldinho itu sudah cukup bagi memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka apabila meraih kemenangan tipis 2-1 selepas turut menewaskan pasukan sama 4-3 pada aksi di Dhaka, 15 Mac lalu.

Jelas Zainal, menerusi keputusan positif itu ia meningkatkan semula semangat pemain untuk meneruskan kempen mereka musim ini.

“Tiga mata yang cukup penting. Kami akan berusaha sehingga ke perlawanan terakhir kumpulan. Kemenangan ini penting buat kami selepas pemain memberikan yang terbaik sehingga tamat perlawanan.

“Bukan itu saja, ia memberikan semula semangat kepada kami selain menghidupkan peluang layak ke pusingan kalah mati,” katanya selepas tamat aksi, kelmarin.

Ujar bekas pemain Selangor dan kebangsaan itu, beliau mengakui sedikit tertekan apabila tonggak tengah berpengaruhnya, Hafiz Kamal dilayangkan kad merah sekali gus mengganggu rentak anak buahnya yang terdesak memburu jaringan kedua.

Namun, dengan ketenangan dan karektor yang ada dalam pemainnya serta ditambah keputusan pengadil melayangkan kad kuning kedua kepada pelawat, kemenangan akhirnya berpihak kepada pasukannya.

“Selepas Hafiz dilayangkan kad merah, saya terpaksa buat perubahan strategi tapi pemain berjaya melakukannya dengan baik kerana mentaliti kami adalah untuk mencari gol kemenangan.

“Memang kami sedikit tertekan selepas terpaksa beraksi 10 pemain tapi selepas pemain lawan turut dilayangkan kad merah, kami berupaya kembali menguasai permainan hingga akhirnya beroleh kemenangan,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");