Isu Panas

Isu Zakir Naik: Hati-hati dengan provokator

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini meminta masyarakat untuk mempunyai sikap terbuka terhadap perbincangan yang menyentuh perbezaan fahaman dan kepercayaan.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad berkata, selagi mana ia dilakukan secara tertib dan berhemah, perbincangan itu boleh menghasilkan persefahaman antara yang berbeza pandangan dan kepercayaan.

“Ada juga di kalangan masyarakat yang ingin mengambil kesempatan untuk melakukan perbalahan melalui isu ini. Mereka menjawab kemarahan dengan kemarahan sambil mencabar dua-dua pihak untuk berbalah dan bergaduh. Dengan itu masyarakat akan berpecah dan bergaduh atas isu ini dan segala penyelewengan yang telah mereka lakukan akan ditutup dan dilupai.

“Kami ingin menasihat supaya semua pihak berhati-hati dengan golongan ini. Mereka tidak bersikap sebagai pendakwah tetapi sebagai ejen provokator. Mereka wujud di kedua-dua belah pihak dan seruan mereka perlu ditolak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Reaksi berkenaan merujuk kepada tindakan sesetengah pihak yang melabel penceramah terkemuka, Dr Zakir Naik dengan gelaran yang tidak baik.

Menurut Khalid, pihaknya tidak menafikan kemungkinan ada yang tersinggung dengan pembentangan Dr Zakir Naik kerana ia mencabar kepercayaan dan pegangan sedia ada.

Namun katanya, jika ia berlaku sekalipun Dr Zakir Naik tidak ada niat tidak baik di sebalik pembentangannya.

“Sememangnya tajuknya rumit dan berupaya menimbulkan salah faham sekali pun ianya dibentang secara berhemah. Malah lebih lagi jika ada pihak-pihak tertentu sengaja ingin menimbulkan perbalahan.

“Zakir Naik merupakan seorang beragama Islam yang hanya ingin menceritakan mengenai aspek ajaran Hindu yang tidak pernah didengari masyarakat Hindu,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");