Sukan Hari Ini

Kedah hilang khidmat Liridon, Amirul Hisham

DUA tonggak penting Kedah, Liridon Krasniqi dan Amirul Hisham Awang Kechik tidak dapat diturunkan pada aksi separuh akhir kedua Superbest Power Piala FA 2016 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) 30 April ini di Larkin.

Dua pemain tengah itu digantung satu perlawanan Piala FA kerana masing-masing sudahpun mengutip dua kad kuning sebelum ini.

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata, beliau mengesahkan perkara tersebut namun pada aksi Liga Super seterusnya menentang T-Team pada Rabu ini, kedua-dua pemain utama itu masih boleh diturunkan.

Menurutnya, Kedah mahu fokus pada dua aksi liga terlebih dahulu sebelum memikirkan aksi timbal balik Piala FA di laman lawan.

Pada aksi separuh akhir pertama Superbest Power Piala FA 2016 pada Sabtu lalu, Kedah berjaya mengatasi JDT dengan keputusan menang tipis 2-1.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");