Isu Panas

‘Saya memang tidak sayang kamu, Arul’

SHAH ALAM: “Pastinya saya tidak sayang kamu, Arul,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebagai membalas kenyataan Arul Kanda.

Bagaimanpun menurut Tony, itu tidaklah pula bermaksud beliau membenci Presiden/ Pengarah Eksekutif 1MDB itu.

“Ada banyak orang yang lebih baik di luar sana, saya mahu jawapan yang tepat,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Tony menyatakan demikian sebagai membalas kenyataan Arul yang sebelum ini bertanya sama ada ahli Parlimen DAP itu sayang ataupun membencinya kerana terlalu banyak mengkritik beliau dan 1MDB.

Arul sebelum itu mempersoalkan motif Tony yang mendesaknya meletak jawatan, kemudian mencabarnya untuk berdebat pula.

Beliau menyahut cabaran itu dan menyifatkan, itulah kali pertama seorang anggota PAC mencabar defendan berdebat selepas prosiding kes selesai.

Dalam pada itu, Tony berkata, beliau ada mendengar stesen televisyen tempatan telah menawarkan untuk menganjurkan debat itu.

“Saya tahu semua orang tidak sabar untuk mendengar semua maklumat tapi sabarlah. Wakil kami sedang menyusun kerangka kerja mungkin minggu depan dan akan mengemas kini maklumat.

“Lagipun terdapat beberapa debat yang akan berlangsung di televisyen itu, jadi, kita kena tunggu giliran,” katanya.

Ini bukan kali pertama kedua-duanya diura-urakan mahu berdebat.

Pada 29 Oktober tahun lalu, debat Arul – Tony yang sudah siap sedia untuk diadakan dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen terpaksa dibatalkan berikutan arahan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ini kerana pendengaran PAC mengenai 1MDB sedang diadakan ketika itu dan Tony mematuhi arahan tersebut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");