Jenayah

Lans Koperal tidak mengaku melucah

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini terhadap tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap tiga remaja yang berada dalam tahanan lokap dua minggu lalu.

Lans Koperal Mohd Khairul Hisam Azis, 31, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap tiga remaja yang berada di Lokap Berpusat Jinjang pada jam 1pagi, 5 pagi dan 5.30 pagi 10 April 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mei depan sebagai sebutan kes.

Pendawaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");