Panasnya Hari Ini

Ahli PAC Dakwa Laporan Akhir PAC, 1MDB Telah Disunting Tanpa Kelulusan Ahli

KUALA LUMPUR:Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dari pihak pembangkang hari ini mendakwa bahawa pengerusi jawatankuasa telah bertindak membuat penyuntingan yang serius terhadap laporan siasatan akhir berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik sumber laporan Astro Awani, laporan tersebut telah diluluskan oleh mesyuarat PAC pada 4 April lalu, sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 April, 2016.

Menurut Ahli PAC, Tony Pua, beliau mendakwa bahawa Datuk Hasan Arifin telah memadamkan sepotong ayat dalam laporan akhir tersebut, meskipun ianya telah dipersetujui oleh mesyuarat PAC.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP) berkata, tindakan tersebut jelas melanggar peraturan mesyuarat dan menimbulkan kecurigaan terhadap niat pengerusi untuk menutup kes.

Katanya, ayat dalam laporan berkenaan pada muka surat 25 bertulis, “Bank negara malaysia telah dimaklum secara sukarela oleh pihak berkuasa negara berkenaan bahawa Good Star Limited merupkan sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang individu yang tiada kaitan dengan kumpulan PetroSaudi.

“Ini penting bagi membuktikan bahawa penyelewengan RM700 juta pada masa itu telah pun berlaku,” kata Tony.

Tambahnya lagi, tindakan Hasan itu menimbulkan persoalan dan tidak pernah dibincangkan secara rasmi mahupun tidak dengan ahli jawatankuasa itu.

“Tindakan pengerusi PAC telah memotong ayat yang telah dipersetujui dalam mesyuarat jelas melanggar peraturan dan menimbulkan kecurigaan terhadap niat pengerusi untuk menutup kes,” katanya.

Pua yang juga anggota Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP), membuat kenyataan itu bersama Timbalan Pengerusi PAC Tan Seng Giaw, Datuk Kamarul Baharin, Datuk Takiyudin Hassan dan William Leong.

Mereka turut menyeru agar Hasan memperbetulkan laporan tersebut dengan serta merta melalui satu kertas pembetulan kepada Parlimen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");