Sukan Hari Ini

Misi bawa pulang tiga mata

PENJAGA gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mahu rakan sepasukannya lebih berwaspada apabila pasukannya berdepan Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam esok.

Khairul Fahmi atau dikenali sebagai Apex berkata, kemenangan tipis 4-3 ke atas Perak dalam perlawanan terakhir membuktikan skuad Tok Gajah sudah kembali menemui rentak permainan sebenar meskipun pasukan itu masih bergelut untuk keluar dari dasar liga, ketika ini.

“Kami tidak boleh memandang mudah pertemuan ini apatah lagi Pahang dilihat semakin bersemangat untuk bertemu Kelantan selepas mereka berjaya mencatatkan kemenangan sulung, baru-baru ini.

“Pertemuan itu sudah pasti menjanjikan saingan sukar dan kami perlu beraksi dengan komitmen lebih 100 peratus jika mahu mengutip tiga mata penuh di sana (Kuantan),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Malah penjaga gol kebangsaan itu turut melihat corak permainan Pahang di bawah kendalian jurulatih baharu, Razip Ismail mula menampakkan peningkatan sekali gus menggambarkan pasukannya bakal berdepan tentangan sengit daripada negeri jiran tetangga itu.

“Walaupun Pahang kehilangan begitu ramai tonggak utama pada musim ini namun saya melihat pemain-pemain muda mereka begitu bersemangat, sentiasa dahagakan peluang untuk bermain dan ia jelas satu motivasi bagi pasukan itu sendiri,” katanya.

Dalam masa sama, Penolong Ketua Pasukan Kelantan itu memberitahu, kelibat Dalibor Volas sebagai ancaman berbahaya buat pasukannya tambahan pula penyerang import Slovenia itu mencipta hatrik ketika menewaskan Perak di Ipoh, tempoh hari.

“Tiga daripada empat gol ketika pasukan itu mengalahkan Perak dihasilkan menerusi ‘set piece’ dan kami tidak boleh melakukan kesilapan mudah sehingga memberikan sepakan percuma atau pun sepakan penjuru kepada Pahang dalam perlawanan itu,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");