Berita Hari Ini

Lokasi sambutan Hari Belia Negara 2016 ditukar ke UPM

PUTRAJAYA: Pengurangan bajet di setiap kementerian menyebabkan Kementerian Belia dan Sukan(KBS) terpaksa menukar lokasi penganjuran Hari Belia Negara 2016 yang bakal berlangsung pada 15 Mei nanti.

Menterinya, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa pada tahun ini, sambutan Hari Belia Negara akan dilaksanakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) memandangkan kos bagi penganjuran program berkenaan di Putrajaya agak tinggi.

“Dengan adanya pendekatan strategi lautan biru ini bersama universiti, kita akan dapat menjimatkan banyak kos perbelanjaan.

“Tapi sambutan ini dijangka akan masih mendapat sambutan meriah khususnya dari kalangan mahasiswa,”katanya ketika sidang media selepas Majlis Pra Pelancaran Sambutan Hari Belia Negara 2016 yang berlangsung di Menara KBS hari ini.

Untuk tahun-tahun berikutanya, Khairy tidak menolak kemungkinan penganjuran Hari Belia Negara akan kembali ke Putrajaya sekiranya kementerian berkenaan mendapat peruntukan yang mencukupi.

Menurut Khairy, Putrajaya merupakan kawasan yang besar dan kos peruntukan yang tinggi diperlukan untuk penganjuran di kawasan tersebut.

“Setiap kementerian telah diminta untuk mengurangkan penganjuran-penganjuran program besar. Jadi kalau kita nak buat di Putrajaya, kita kena buat dengan peruntukan secukupnya.

“Kalau tidak ia hanya akan jadi sambutan yang hidup segan mati tak nak,” katanya.

Dalam pada itu, sambutan Hari Belia Negara 2016 pada kali ini bakal mengiktiraf pembangunan belia di negara dengan pengisian pelbagai program menarik yang disediakan.

Dengan bertemakan “The Future Is Now”, mahasiswa di UPM turut dilibatkan secara aktif dalam sambutan Hari Belia 2016 melalui Program Showcase of Talent Mahasiswa.

Selain itu, bagi mengiktiraf kejayaan belia yang menunjukkan potensi cemerlang, terdapat lima kategori anugerah akan diberikan kepada calon pemenang yang terpilih.

KBS dengan sokongan Majlis Belia Malaysia (MBM) turut mengambil inisiatif proaktif bagi memastikan sambutan Hari Belia Negara 2016 turt dirasai di seluruh negara dengan menganjurkan Minggu Belia yang bermula dari 9 hingga 14 Mei akan datang.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai penganjuran program tersebut, orang ramai boleh melayari portal rasmi KBS di www.kbs.gov.my atau laman sosial Facebook Festival Belia Putrajaya dan Rakan Muda Official serta Twitter @FBP2015 dan @rakanmudaLAH.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");