Membawang Hari Ini

Mahkamah sabitkan isteri Ezany nusyuz

MAHKAMAH Rendah Syariah Petaling membenarkan permohonan nusyuz (derhaka) yang difailkan pelakon, Ezany Nizariff terhadap isterinya, Lizda Nuryanti.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Mohd Azlan Mohd Azhar sebentar tadi.

Dalam keputusannya, beliau berkata, mahkamah mensabitkan nusyuz terhadap defendan Lizda Nuryanti mulai 17 Julai 2014.

“Mahkamah juga mensabitkan defendan mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

“Oleh yang demikian, defendan tidak layak mendapat nafkah bermula tarikh sabitan ini ( hari ini) sehingga kembali taat,” katanya.

Ezany, 43, atau nama sebenarnya Mohd Zani@ Mohd Zohri Mohd Nizariff memfailkan permohonan itu para 22 Julai 2014 di sini.

Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 60(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 setelah Lizda Nuryanti, 34, keluar dari rumah kelamin mereka di Seri Kembangan pada 17 Julai lalu.

Pasangan itu bernikah pada 1 Julai 2007 dikurniakan dua anak lelaki, Rayyan Harraz, 5 dan Hayden Harraz, 3, tahun.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");