Berita Hari Ini

Mara bantu usahawan food truck

AYER KEROH – Mara sedia membantu memberi khidmat nasihat dan suntikan modal kepada individu yang berminat menyertai perniagaan berkonsepkan food truck.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera Mara, Datuk Ariss Samsudin berkata, ia berikutan perniagaan berkonsepkan food truck kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan muda yang menjadikannya sebagai kerjaya.

Menurutnya, perniagaan itu dapat mengatasi masalah tempat yang terhad selain membantu usahawan dari dibelenggu kadar sewa mahal.

Beliau berkata, Mara mengambil kira faktor tersebut lantaran memberikan sokongan dan dorongan serta fokus bagi membantu usahawan food truck dalam menjalankan perniagaan mereka.

“Kita bersedia berbincang dengan PBT supaya peniaga ini diberikan peluang dan keutamaan di tempat-tempat yang strategik, terutama di bandar-bandar dengan memberikan kebenaran dan lesen.

“Kalau di luar negara pun, perniagaan jenis ini dilihat satu kaedah yang baik dan Mara sedang merangka untuk membantu dari segi pembiayaan bagi usahawan-usahawan yang layak.

“Kita akan fokus dari segi pembelian kenderaan dan juga modal. Namun usahawan yang sudah memulakan perniagaan akan diberikan keutamaan atas dasar Mara melihat melihat kesungguhan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Pendidikan dan Keusahawanan Mara 2016 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Karnival yang berlangsung selama dua hari ini membabitkan penyertaan lebih 65 institusi pengajian tinggi (IPT) serta 24 usahawan food truck.

Dalam pada itu, kata Ariss, beliau mahu usahawan memanfaatkan kewujudan Pusat Usahawan Mara (Pusma) yang disediakan di setiap daerah bagi membantu golongan terbabit dari segi khidmat nasihat dan modal.

“Di Pusma kita ada geran untuk usahawan bagi membolehkan Mara membangunkan satu konsep tersendiri. Kita hendak peniaga terlibat menjalankan perniagaan berkonsep dan bukannya seperti peniaga pasar malam.

“Pusat Usahawan Mara ini akan memberikan khidmat nasihat, pinjaman yang disediakan di setiap daerah. Kita beri keutamaan kepada usahawan mengikut daerah masing-masing,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");