Panasnya Hari Ini

‘Mereka Nak Pilih Orang Macam Najib kah?’ – Tun M

KUALA LUMPUR: “Memang betul kalau (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) jatuh, parti terbesar dalam Parlimen akan pilih seorang untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkin terdiri daripada orang UMNO juga. Tapi mereka nak pilih orang macam Najib kah?

“Saya fikir, mereka sudah lihat apa jadi pada Najib dan kurang cerdik sungguhlah kalau parti itu memilih orang yang semacam Najib untuk menjadi Perdana Menteri,”ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada seorang penonton dalam Forum Laporan PAC 1MDB:Najib-Bersubahat atau Tidak Bersalah? malam tadi yang mempertikaikan usaha menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri tidak akan mencapai matlamat sebenar jika pengganti Najib adalah dari kalangan pemimpin UMNO.

Kata bekas Presiden UMNO itu lagi, beliau yakin UMNO masih mempunyai sokongan yang ramai walaupun ada pihak cuba menghancurkan parti terbesar orang Melayu itu.

“Kalau suruh saya hancurkan UMNO, saya yakin UMNO masih lagi banyak orang yang menyokong UMNO.

“Kita pecah belahkan diri kita tapi yang menang Najib kerana kita lebih utamakan perselisihan antara kita. Dia akan sangat gembira melihat kita bergaduh sesama sendiri,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir turut menegaskan bahawa isu pembebasan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi punca gerakan menjatuhkan Najib yang diketuainya itu berpecah.

“Dalam perjuangan apa pun, kurangkan musuh, ramaikan kawan. Kalau tambah musuh, kita akan gagal.

“Mesti ada pemikiran waras yang berasaskan perhitungan bijak. Kalau ikut selera, ikut nafsu, kita tidak akan berjaya.

“Sebab itu saya tahu berada di sini, malam ini siapa yang hadir. Bukannya orang UMNO. Semuanya daripada parti kawan-kawan saya di atas ini. Lim Kit Siang kata datanglah, OK saya datang,”ujarnya.

Sementara itu, Tun Mahathir secara berseloroh berkata agar dirinya tidak lagi dikutuk atas kesilapan sewaktu pentadbiran beliau selama 22 tahun.

“Saya ucapkan terima kasih kerana semua soalan ditujukan kepada saya dan saya adalah manusia biasa yang tidak sunyi daripada kesalahan tapi janganlah kutuk lagi, saya dah habis,”ujarnya yang disambut sorakan penonton yang hadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");