Panasnya Hari Ini

Tun M Mohon Perintah Mahkamah Halang Najib Berurusan Dengan Aset

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lagi hari ini memohon perintah mahkamah bagi menghalang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada berurusan dengan asetnya.

Memetik sumber laporan Berita harian, Dr Mahathir memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada jam 10.40 pagi tadi melalui peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah.

Permohonan tersebut adalah susulan kes saman difailkan Mahathir, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin terhadap Najib berhubung salah laku membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana derma RM2.6 bilion.

Dalam permohonan tersebut juga, ketiga-tiga mereka memohon perintah bagi menghalang Najib daripada memindahkan, menyusut atau berurusan dengan asetnya sama ada secara sendiri, melalui penama atau secara milik bersama.

Mereka juga memohon Najib mengemukakan afidavit bersumpah dengan memberikan butiran mengenai aset beliau dalam tempoh 10 hari daripada tarikh penyampaian perintah itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");