Panasnya Hari Ini

Penjelasan Arab Saudi Suatu Kemenangan Besar -Adenan

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyifatkan bahawa penjelasan Arab Saudi berhubung status derma RM2.6 bilion mampu mengembalikan keyakinan rakyat di peringkat akar umbi terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan BH Online, jelasnya, penjelasan itu dianggap satu kemenangan besar dalam usaha membersihkan nama Najib dan Kerajaan Malaysia berhubung isu berkenaan.

“Terbukti Perdana Menteri tidak terbabit dalam isu berkenaan, …semua sudah dijelaskan oleh kerajaan Arab Saudi. Di Sarawak, kita amat gembira dan bersyukur dengan perkembangan, malah ia begitu bermakna dalam keadaan kita bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

“Kita sudah dimaklumkan perkara yang sebenarnya, …rakyat sudah tahu apa sebenarnya berlaku. Justeru, kita yakin ia mampu meningkatkan sokongan terhadap BN.

“Kita sudah ada enam Perdana Menteri tetapi Najib yang paling dekat di hati ‘Anak Sarawak’. Sudah 50 kali sepanjang enam tahun menjadi Perdana Menteri, beliau melawat Sarawak hingga ke segenap pelusuk negeri dengan membawa bersama pelbagai projek pembangunan,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi Perdana Menteri untuk merasmikan Fasa Keempat Projek Lebuhraya Pan Borneo – Pakej Jajaran Simpang Bintangor – Jambatan Sungai Kua, di Sibu, Sarawak hari ini.

Gambar:- BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");