Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak : Pembangkang Dicabar Bawa Isu Tempatan

KUALA LUMPUR: Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memberi peringatan kepada pembangkang agar tidak membangkitkan skandal kewangan 1MDB dan isu nasional yang lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ujarnya, sebaliknya pembangkang dicabar agar berdepan dengan BN atas isu-isu mengenai rakyat Sarawak.

“Lawan saya dan pasukan saya atas isu-isu tempatan Sarawak. Jangan guna isu-isu nasional seperti 1MDB untuk menyerang BN Sarawak. Isu-isu tersebut tidak ada kaitan dengan Sarawak.

“Saya tahu parti-parti pembangkang akan bawa isu-isu nasional untuk menyerang BN Sarawak. DAP suka berbuat demikian. Saya cabar mereka untuk lawan dengan hanya menggunakan isu-isu Sarawak,”ujarnya, lapor MalaysiaKini.

Ujarnya lagi, sejak beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pada 2014, beliau telah melaksanakan lebih daripada 50 ‘perkara-perkara baik’ untuk Sarawak.

Antaranya ialah beliau telah mengurangkan cukai pintu di seluruh Sarawak, memansuhkan cukai tanah, memansuhkan tol dan mengurangkan tariff eletrik.

“Saya tidak takut untuk berdepan dengan pembangkang berkaitan isu-isu tempatan kerana saya tahu perkara-perkara baik yang kerajaan negeri telah lakukan.

Dalam masa yang sama, Adenan turut mempertahankan hubungan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ujarnya, beliau memberi sokongan penuh kepada Najib kerana daripada semua perdana menteri, Najib merupakan Perdana Menteri yang paling kerap melawat ke Sarawak dan memberikan bantuan kewangan yang paling besar.

“Najib telah datang ke Sarawak sekurang-kurangnya 50 kali dan memperuntukkan RM3 bilion dana pembangunan.

“Sudah tentu saya sokong beliau untuk itu,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");