Berita Hari Ini

Syarat tambah ketat

Kuala Lumpur: Perlu lulus ujian Integriti Psikometrik Malaysia (MIT) sebelum boleh diserap menjadi anggota polis.

Itu antara syarat ketat harus dipatuhi bagi memastikan individu berkelayakan sahaja yang melepasi ujian MIT menjadi anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ujian MIT itu dilakukan terhadap keanggotaan baru PDRM terdiri dari pengambilan inspektor, sarjan dan konstabel.

Penilaian integriti berteknologi tinggi itu dilaksanakan bertujuan mentransformasikan perkhidmatan PDRM menjadi lebih berprestij, berintegriti, dinamik serta berjiwa rakyat.

MIT yang dijalankan secara bertulis dan berkomputer mewajibkan individu menjawab lebih 100 soalan nilai integriti dalam tempoh 25 minit.

Ia dijalankan secara dwibahasa iaitu dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Lebih bersejarah MIT dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di gerai pempamer PDRM sempena Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Mengulas mengenai MIT, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penilaian saintifik itu bagi memastikan setiap warga PDRM baru mempunyai ciri menepati keperluan pasukan serta mutu perkhidmatan terbaik.

“Ujian ini sudah dilakukan pada 2015. Ia bertujuan meningkatkan profesionalisme PDRM dan seterusnya menjadikannya sebuah agensi yang lebih mantap,” katanya ketika ditemui pemberita di PWTC, semalam.

Beliau berkata, ujian ini dibangunkan dengan kerjasama MIMOS Berhad (MIMOS).

Difahamkan ujian itu dilakukan sebaik calon dipanggil selepas mengisi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan ujian dilaksanakan di tempat yang ditentukan oleh PDRM.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");