Sukan Hari Ini

Pulun peluang!

Alor Setar: Kedah perlu menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di gelanggang sendiri ketika separuh akhir pertama Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Darulaman, Sabtu ini.

Bekas jurulatih Kedah Azraai Khor Abdullah berkata, Helang Merah pasti tidak mempunyai jalan mudah untuk menang ketika bertemu Johor DT apatah lagi pelawat dibarisi pemain bertaraf bintang.

Menurutnya, Kedah yang dibimbing Tan Cheng Hoe tidak boleh bermain dengan satu penyerang saja apabila bertemu Harimau Selatan sebaliknya mereka perlu diperkuatkan dengan dua penyerang berkualiti jika mahu menembusi gawang lawan.

“Berdasarkan perlawanan lalu, saya dapati kebanyakan bola diterima (Carlos) Kahe gagal dijaringkan dan pemain itu seperti hanya menunggu bola sampai ke kakinya menyebabkan serangan Kedah kurang berkesan.

“Sepatutnya Kahe perlu lebih agresif, sama seperti penyerang pasukan lain yang mampu bergerak lincah sambil menggelecek dan membuat pusingan untuk mengawal bola,” katanya.

Menurutnya, Kedah masih mempunyai ruang untuk membuat beberapa perubahan terutama memperkukuhkan bahagian serangan sebelum bertemu Johor DT nanti.

“Saya rasa tidak rugi jika Kedah mempertaruhkan pemain muda seperti Farhan Roslan untuk bermain di posisi serangan kerana dia mampu mengawal bola dengan baik.

“Seseorang penyerang perlu menguasai pelbagai kemahiran sama ada menyerang dan kembali bertahan pada posisi jika bola tiada di kaki mereka.

“Ia penting bagi membolehkan bola kekal dikuasai di bahagian tengah sebelum serangan semula boleh dibuat untuk melakar gol,” katanya yang pernah membawa kejayaan Kedah bagi musim 2007 dan 2008.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");