Panasnya Hari Ini

Ugut JKKK, Dakwaan Tidak Benar- Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan terdapatnya ugutan terhadap Pengerusi (JKKK) juga merangkap Ketua Cawangan Umno seperti yang didakwa oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurutnya, dakwaan itu tidak benar walaupun isu itu pernah dibangkitkan sebelum cawangan-cawangan yang mula bermesyuarat sejak bulan lalu.

“Setakat yang saya maklum, tiada kes (Pengerusi) JKKK, yang juga ketua Umno cawangan, diugut tidak disambung kontrak jika kemukakan usul menentang kepimpinan parti,” katanya pada sidang media, selepas Majlis Mesra Muafakat JKKK Kedah bersama pemimpin, semalam memetik sumber Sinar Harian.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menegaskan bahawa setiap pemimpin cawangan wajar memahami peranannya dalam mempertahankan parti dengan menolak usul menggulingkan pemimpin.

“Ketua-ketua Umno cawangan disaran tidak kemukakan usul menyebabkan perpecahan parti ketika mesyuarat cawangan sedang berlangsung. Tak payahlah buat usul bukan-bukan seperti tolak presiden atau menteri besar, kerana pembangkang memang nak lihat kita berpecah,” katanya.

Beliau turut menasihati agar JKKK dan ketua Umno cawangan tidak terpengaruh dengan agenda pembangkang dengan menjadi jurucakap pembangkang dalam menyebarkan fitnah.

“Ada kalangan kita pertahankan atau sebarkan fitnah dibangkitkan pembangkang. Saya harap (anggota) JKKK jadilah pemimpin mampu perjelas situasi sebenar, bukan turut serta sebagai penyebar kerana boleh melemahkan parti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");