Isu Panas

Usaha Zaid tidak akan berhasil, kata Penganalisis

SHAH ALAM – Usaha bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang ingin menamatkan permusuhan antara Tun Dr Mahathir Mohamed dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan membuahkan hasil.

Menurut Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed, kenyataan Mahathir dalam satu wawancara sebelum ini jelas menunjukkan bahawa beliau masih tidak mempercayai mantan ketua pembangkang tersebut.

“Sebelum ini, Tun Mahathir ada mengatakan bahawa bahawa Anwar tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri berikutan faktor usia yang semakin tua di samping isu kontroversi kes liwat beliau.

“Jadi, masyarakat umum boleh tafsirkan kenyataan Tun Mahathir pada akhir-akhir ini menunjukkan beliau masih ragu-ragu dengan Anwar,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Dalam sesi wawancara bersama The Australian baru-baru ini, Mahathir memaklumkan bahawa Anwar yang kini di penjara sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri akan datang.

Sementara itu, Marthada berkata, dalam konteks pada masa kini, walaupun Pakatan Harapan secara dasarnya menyokong Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh Tun Mahathir, namun ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat tidak mengambil bahagian dalam mana-mana program atau menyatakan sokongan secara terbuka.

“Dalam konteks ini, kita lihat apa jua langkah untuk merapatkan Tun Mahathir dan Anwar mungkin agak sukar kerana Tun merupakan pemimpin yang mempunyai pendirian tetap serta tidak berubah

“Malah dalam Deklarasi Rakyat juga, kita lihat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali lebih banyak ke depan berbanding Wan Azizah bagi bersama-sama dalam usaha untuk menukar Perdana Menteri,”katanya.

Semalam, Zaid memaklumkan bahawa beliau mahu menamatkan permusuhan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");