Perak Hari Ini

Viral Cuti 6 Mei Tidak Benar- MB Perak

IPOH: Kerajaan negeri menegaskan bahawa berita berkenaan cuti umum pada 6 Mei seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini adalah tidak benar.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa hebahan cuti tersebut adalah tidak benar sama sekali dan ia merupakan kenyataan yang dikeluarkan pada tahun lepas bersempena pertabalan Sultan Perak ketika itu.

“Cuti pada 6 Mei telah menjadi kontroversi dan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengeluarkan kenyataan semalam bahawa ia sama sekali tidak benar,” katanya pada satu sidang media di Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi, kenyataan itu telah menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat sejak akhir-akhir ini.

“Tiada cuti pada 6 Mei dan ia adalah kenyataan yang dikeluarkan pada tahun lepas berkaitan dengan hari Pertabalan Sultan Perak.

“Ia kembali di hebahkan di media sosial dan ia adalah tidak benar,” katanya.

Beliau menasihati semua pihak supaya tidak lagi menggunakan kenyataan tersebut kerana dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");