Membawang Hari Ini

BTS Didakwa Cuba Tiru EXO

KUMPULAN baharu iaitu BTS terus menerima kritikan netizen apabila mereka dikatakan cuba meniru gaya dan konsep EXO.

Terbaharu peminat EXO menyelar tindakan BTS yang cuba meniru penghasilan poskad yang tertera gambar dan biodata mereka kerana ia pernah dibuat oleh EXO.

“Mereka sepatutnya mencari idea lain dan bukannya meniru EXO. Ini bukan kali pertama mereka cuba menjadi seperti kumpulan itu.

“BTS kena ada identiti sendiri,” kata seorang peminat.

Bagaimanapun peminat BTS memberitahu ia bukan kesalahan kumpulan itu kerana ia adalah idea sebuah syarikat telefon iaitu SK Telecom.

“Poskad itu bukannya dicipta oleh EXO dan peminat tidak perlu melenting.

“Ia adalah sebahagian daripada promosi SK Telecom. Jadi salahkan syarikat itu,” kata peminat BTS pula.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");