Sukan Hari Ini

Macam di Larkin!

Shah Alam: Umpama di Larkin! Itu gambaran suasana di Stadium Shah Alam sebelum aksi final Piala FA 2016 dengan lautan biru membanjiri hampir segenap ruang stadium.

Dengan anggaran 50,000 tiket diberikan kepada penyokong Johor Darul Ta’zim (Johor DT), keghairahan penyokong setia Harimau Selatan dalam memberi sokongan begitu menakjubkan.

Kelab penyokong tegar Johor DT ‘Boys of Straits’ yang kebiasaannya akan berada di kawasan belakang gol tampil berbeza di final kali ini apabila menguasai tempat di kawasan tengah stadium sekali gus menghidupkan suasana final malam tadi.

Buat 10,000 penyokong PKNS FC pula, mereka jelas tenggelam dengan sorakan berterusan penyokong lawan yang tanpa henti menyanyi dan mendendangkan lagu semangat buat pasukan dari selatan tanah air itu.

Jika sebelum ini isu harga tiket final menimbulkan sedikit kontroversi susulan kenaikan harga dari RM40 ke RM50 dikatakan membebankan penyokong, ia seolah-olah dilupakan penyokong apabila mereka dihiburkan dengan konsert persembahan artis tempatan.

Antara artis yang menjayakan konsert itu ialah Joe Flizzow dan Altimate dengan masing-masing mendendangkan tiga lagu terhangat mereka.

Selepas konsert itu, penonton dihiburkan dengan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut menyerahkan Piala FA sebagai simbolik perlawanan akhir.

Suasana menjadi lebih gemuruh apabila kedua-dua pasukan masuk ke stadium untuk memanaskan badan sebelum perlawanan akhir bermula.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");