Panasnya Hari Ini

PAS Tidak Akan Beri Kemenangan Percuma Kepada BN

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS tidak akan sesekali memberi kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Ujarnya lagi, PAS telah bersedia untuk menempuh kedua-dua PRK berkenaan dan yakin akan mencapai keputusan yang membanggakan.

“Saya sebagai orang politik malulah nak beri kemenangan percuma kepada mereka (BN) dan PAS tidak akan sesekali berbuat demikian,”katanya, lapor Sinar Harian.

Tuan Ibrahim berkata, gerak kerja untuk kedua-dua PRK berkenaan telah disusun dan semua jentera dari seluruh semenanjung akan turun ke dua-dua lokasi berkenaan bagi menjalankan kempen.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mahu pembangkang mempertimbangkan untuk memberi kemenangan percuma kepada BN dalam kedua-dua PRK yang akan bermula pada 5 Jun hadapan.

Annuar berkata, BN pernah melakukan perkara serupa apabila tidak meletakkan calon di DUN Chempaka ekoran pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tahun lalu.

Dalam masa yang sama, Tuan Ibrahim turut mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima empat nama untuk PRK Sungai Besar dan tiga nama bagi PRK Kuala Kangsar.

Ujarnya, senarai nama yang diberikan itu akan diteliti oleh Majlis Syura terlebih dahulu untuk mengesahkan kelayakan.

Mengulas lanjut, selepas diteliti kesemua nama itu akan dibawa kepada Jawatankuasa PAS Pusat untuk diputuskan calon yang akan bertanding pada kedua-dua PRK berkenaan.

“Setakat ini hanya itu sahaja (senarai calon) yang kami terima. Bagaimanapun sekiranya ada senarai nama lain, kita masih boleh pertimbangkan kerana masih awal lagi sebelum menempuh PRK pada Jun hadapan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");