Sukan Hari Ini

Peluang menang sama rata, seimbang

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjangkakan pertembungan menarik antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan PKNS FC dalam perlawanan akhir Superbest Power Piala FA 2016.

Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu memberitahu, setiap perlawanan akhir yang berlangsung adalah seimbang (50-50).

“Tiap-tiap final perlawanan adalah 50-50, tiada underdog.

“Walaupun ramai katakan JDT sudah menang, pada saya tidak. Peluang itu 50-50,” titah baginda dalam satu temubual eksklusif bersama Sinar Harian.

Tunku Ismail berkata, PKNS FC merupakan sebuah pasukan yang baik, dan ia terbukti apabila kelab berkenaan berjaya melangkah ke perlawanan akhir.

“Kalau pasukan itu tidak bagus, mereka tiada dalam final. Mereka ada dalam final pasal bagus. Dan sama juga macam kita. Jadi saya rasa (ia) perlawanan menarik,” titah baginda.

Tunku Ismail bertitah, mana-mana finalis berpeluang untuk membawa pulang trofi kejuaraan yang dimenangi dalam perlawanan di Stadium Shah Alam itu.

Bagaimanapun, Tunku Ismail berkata, kemampuan JDT berada di dalam perlawanan akhir sudah menjadi satu pencapaian buat pasukan.

“Saya bersyukur. Sudah ada dalam final pada saya sudah bagi satu pencapaian. Kalau menang Alhamdulillah, kalau kalah kita cuba lagi. Tiada masalah,” titah baginda.

Tunku Mahkota Johor turut melihat prestasi semasa pasukan JDT dalam keadaan positif mental dan fizikal, sekali gus sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");