Perak Hari Ini

YBUDR Tampil Kreatif Wujudkan ‘Desa Baharu’

MANJUNG:Kerajaan negeri menerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) kini tampil dengan pendekatan kreatif dalam usaha mewujudkan ‘desa baharu’ atau dikenali sebagai pembangunan Desa Bina Upaya khusus buat golongan keterbawahan.

PERAK TODAY 4

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir projek pembinaan 21 buah rumah Desa Bina Upaya  di Kampung Tanjung Batu, Batu 3 Segari di sini merupakan projek dan model pertama seumpamanya  dibangunkan di negeri ini.

Jelasnya lagi, ianya merupakan pendekatan baharu yang digunakan oleh YBUDR dengan bertindak mengenal pasti kawasan kecil di sesuatu kawasan untuk dijadikan desa baharu.

“Ia merupakan satu bentuk program Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA) yang ditetapkan hanya berada pada kadar RM62,000 yang mengambil kira keluasan kawasan rumah berkenaan.

PERAK TODAY 1

“Pembangunan ini juga menggunakan satu kempen cara yang baharu iaitu mengenal pasti kawasan yang kecil lebih kurang hampir tiga ekar wujudkan bina rumah sebegini.

“Pendekatan SRIA tidak memberi fokus kepada menyelesaikan masalah perumahan rakyat di kalangan berpendapatan rendah,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan Majlis penyerahan kunci rumah projek pembangunan Desa Bina Upaya di Kampung Tanjung Batu, Batu 3 Segari di sini hari ini.

PERAK TODAY 2

Tambahnya lagi menerusi kaedah tersebut kerajaan turut berperanan memberikan subsidi kepada mereka yang terpilih di setiap kawasan terpilih.

“Bagi kawasan Tanjung Batu Segari ini Kerajaan negeri telah berjaya mengenal pasti tanah seluas sekitar 3 ekar milik kerajaan dan dikelolakan oleh YBUDR untuk membina rumah  jenis SRIA.

“Sebanyak RM1.5 juta diperuntukan bagi tujuan pembinaan infrastruktur seperti menyediakan kemudahan meratakan tanah, air, longkang dan kemudahan asas manakala pembinaan rumah adalah menelan kos sekitar RM62,000,” katanya lanjut.

Jelasnya lagi, projek seumpamanya ini mampu memberi keselesaan kepada rakyat malah ia salah satu pendekatan kerajaan negeri dalam menyediakan rumah buat rakyat yang kurang berkemampuan.

Ujar Zambry lagi, sebelum ini pembinaan rumah jenis SRIA adalah menerusi pemohonan dan pihak berwajib berperanan memberi kelulusan buat pemohon yang layak berdasarkan geran tanah dan syarat lain yang diperuntukan ketika itu.

PERAK TODAY 5

Beliau turut berkata, Taiping dan Slim River akan  menjadi lokasi seterusnya untuk pembinaan rumah Desa Bina Upaya kelak.

Desa Bina Upaya ini menggunakan konsep rumah rekabentuk Damai (memanjang) dan rekabentuk permai (melintang) khusus untuk ‘golongan sasaran’ iaitu melibatkan mereka yang didapati layak untuk diberikan pinjaman perumahan tanpa faedah.

PERAK TODAY 4

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");