Jenayah

37 Pati ditahan imigresen

BUTTERWORTH – Seramai 37 pendatang tanpa izin (Pati) ditahan dalam Ops Ikrar yang dijalankan Jabatan Imigresen Negeri di sebuah tapak pembinaan di Jalan Chain Feri, semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Izham Idris berkata, operasi dijalankan pada jam 9 pagi dan berakhir tiga jam kemudian melibatkan 24 pegawai dibantu 48 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Dalam operasi ini, seramai 35 lelaki warga Bangladesh, 26 lelaki Myanmar, 57, lelaki dan tiga perempuan warganegara India serta tiga lelaki warganegara Pakistan diperiksa.

“Hasilnya seramai 16 lelaki warga Bangladesh ditahan, 14 lelaki warga Myanmar, enam lelaki warga India dan seorang lelaki Pakistan ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati mereka turut melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

“Antaranya ada yang tidak mempunyai pasport, menggunakan pas tinggal lebih masa, tidak mempunyai permit kerja dan tinggal lebih masa.

“Semua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan di Juru untuk siasatan di bawah Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh dan Seksyen 6 (3) akta yang sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");