Membawang Hari Ini

Gambar Pasport Song Joong Ki Tersebar

GAMBAR pasport milik pelakon Song Joong Ki dilaporkan tersebar menerusi sebuah laman web di China baru-baru ini.

Soompi melaporkan gambar berkenaan dipercayai diambil secara rahsia oleh pegawai kastam ketika memeriksa pasport pelakon itu ketika dia berada di sebuah lapangan terbang di negara berkenaan.

Sebelum ini, Joong Ki juga menjadi mangsa fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang memuat naik sijil perkahwinan palsu kononnya milik pelakon drama bersiri The Descendants of the Sun itu.

“Ini adalah harga yang perlu dia bayar kerana kemasyhuran dikecapinya kerana akan ada sahaja orang yang cuba mengorek semua kisah peribadinya.

“Gambar pasportnya yang tersebar bukanlah sesuatu yang mengejutkan sebenarnya,” kata salah seorang peminatnya.

Joong Ki kini sedang dalam siri jelajah bertemu dengan peminatnya di negara Asia dan dijangka akan berada di lokasi seperti Guangzhou, Shanghai, Hong Kong, Chengdu dan Taipei.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");