Sukan Hari Ini

Isco, Saul gagal pikat Del Bosque

Salzburg, Austria: Pemain tengah Real Madrid Isco (gambar) dan bintang Atletico Saul Niguez gagal memikat hati pengendali Sepanyol Vicente Del Bosque yang tidak menyenaraikan kedua-dua pemain itu di dalam skuad 23 pemain untuk ke Euro 2016.

“Kami cuba mengimbangi pasukan kami,” kata Del Bosque dalam sidang akhbar di Salzburg.

“Saya percaya, dengan 23 pemain dipilih itu, kami mampu berdepan apa saja keadaan termasuk kecemasan.”

Del Bosque menambah: “Pemain yang diketepikan itu mempunyai tahap diperlukan tapi saya hanya dibenarkan membawa 23 pemain.”

Selepas mewakili Real yang menang ke atas Atletico menerusi penentuan penalti pada final Liga Juara-Juara minggu lalu, Sergio Ramos dan Lucas Vazquez serta pemain Atletico Juanfran dan Koke antara pemain yang disenaraikan untuk ke Perancis dan mereka kelompok terakhir yang mendaftarkan diri di kem latihan pusat.

Pertahanan Arsenal Hector Bellerin yang tidak berada dalam senarai 25 pemain awal, turut dinamakan selepas pertahanan Real Dani Carvajal mengalami kecederaan ketika beraksi di final Liga Juara-Juara.

Sepanyol akan menentang Korea Selatan di Salzburg pada perlawanan persahabatan sebelum bertemu Georgia di Getafe. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");