Panasnya Hari Ini

Tun M Sifatkan Najib Seorang ‘Pelajar’ Yang Gagal

KUALA LUMPUR : “Banyak orang belajar daripada saya, bukan semua ikut. Yang ni (penuntut) yang gagal. Yang ni (Najib), niat dia lain,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai peranan beliau selaku mentor kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara dengan satu portal berita, Roketkini.

Dalam wawancara itu juga, Tun Mahathir turut menempelak dengan gejala rasuah yang semakin berleluasa di zaman pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri.

“Pegawai kerajaan sekarang pun ambil duit sebab dia tengok pemimpin boleh ambil berbilion, tak kan dia tak boleh ambil sejuta, dua?”soalnya.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir yang sudah keluar dari UMNO pada Februari lalu turut mendakwa pemimpin cawangan adalah penghalang kepada individu yang berkaliber daripada menyertai UMNO.

“Ketua cawangan UMNO, dia tak bagi orang yang ada kaliber masuk. Bila dia mati, siapa yang ganti dia? Orang lagi bodoh daripada dia. UMNO (sekarang) telah mengecut menjadi parti yang dipimpin orang bodoh, tak ada prinsip,”tegasnya.

Tun Mahathir turut mengulangi kenyataan beliau apabila mengatakan bahawa UMNO pada hari ini sudah jauh berbeza dengan UMNO yang dahulu.

“Ini bukan parti UMNO. UMNO ada prinsip. Ini parti yang pertahan kepimpinan Najib. Dah jadi parti Najib,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir turut dilaporkan berkata akan turun berkempen di dua pilihan raya kecil iaitu di Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar demi menewaskan jentera kempen Barisan Nasional.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");