Panasnya Hari Ini

PAS Hanya Ingin Meramaikan Kawan -Abdul Hadi

KUALA LUMPUR : PAS hanya ingin meramaikan ‘kawan’, bukan untuk menambah musuh politik sedia ada, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ujarnya, kesediaan PAS berdamping dengan pelbagai parti politik termasuk parti pemerintah adalah untuk mencari persamaan, sejajar dengan budaya politik matang dan sejahtera.

“Kita perlu mengambil pendekatan strategik iaitu meramaikan kawan sebanyak mungkin, bukan meramaikan musuh. Kemenangan bukan untuk balas dendam tapi untuk menunjukkan kebaikan.

“Kita mendekatkan diri dengan parti-parti politik yang mempunyai titik persamaan dan memaafkan perbezaan yang boleh dimaafkan,”katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan dan penangguhan Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, politik matang yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW bukanlah untuk menghukum mana-mana pihak, sebaliknya adalah untuk menarik mereka kepada Islam.

“Maka cakap-cakap, kalau kita menang, nak tangkap orang itu dan ini, nak hukum orang itu dan ini, ini bukan akhlak, bukan perjuangan politik matang sejahtera, bukan diajar oleh Nabi Muhammad SAW,”katanya.

Beliau turut berkata, PAS perlu menjadikan masyarakat majmuk sebagai medan untuk memperkenalkan politik adil, sejahtera dan rahmat.

“Kita berdepan dengan masyarakat Melayu yang jahil, tapi cintakan Islam. Kita berdepan dengan orang Islam yang hina hukum hudud dan Islam.

“Dia sembahyang, umrah tak tinggal, politik suku, agama suku, macam mana kita nak buat orang macam ini?”soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");