Sukan Hari Ini

Pirlo tidak kecewa

LEGENDA Itali, Andrea Pirlo tidak berkecil hati dengan tindakan ketua jurulatih, Antonio Conte, yang tidak menyenaraikannya dalam skuad Itali dalam Euro 2016 yang akan bermula 10 Jun ini.

Pirlo telah menyertai pelbagai kejohanan utama untuk negaranya sejak Euro 2004, tetapi khidmat perancang itu dilihat berakhir selepas bekas jurulatihnya di Juventus itu mengumumkan skuad Itali minggu lalu.

“Saya sudah bercakap dengan Conte dan saya tidak berasa kecewa. Dia tahu apa yang dia perlu buat dan apa yang tidak.

“Kami telah berbincang dan kedua-dua pihak telah membuat keputusan masing-masing.

“Dia jurulatih, dia berhak ke atas keputusannya dan menentukan apa yang terbaik baginya.

“Saya harap Itali memenangi kejohanan ini walaupun Jerman, Sepanyol dan Perancis menjadi pasukan pilihan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");