Membawang Hari Ini

D’Masiv kekal identiti

Di negara ini, nama D’Masiv dikenali menerusi lagu Cinta Ini Membunuhku.

Terbaru, band yang dianggotai Rian, Rama, Kiki, Rai dan Why baru-baru ini hadir ke Malaysia bagi melancarkan album terbaru mereka, D’MASIV.

Menampilkan 10 lagu, album D’MASIV mempertaruhkan dua single termasuk Di Bawah Langit Yang Sama yang turut menjadi lagu tema untuk filem animasi Boboiboy The Movie.

Rentak pop rock lagu Di Bawah Langit Yang Sama ternyata sesuai dengan genre filem berkenaan dan mudah melekat di hati pendengar.

Liriknya juga ringkas dan selepas didengar beberapa kali, pendengar tentunya dapat ikut menyanyi sama terutama di bahagian korus.

Di Bawah Langit Yang Sama juga sesuai dijadikan satu tema acara berkaitan movitasi kerana ia dapat menyuntik semangat pendengar.

Satu lagi single yang dipertaruhkan adalah Dengarlah Sayang yang kian popular.

Berentak balada, D’Masiv masih mengekalkan melodi yang menjadi identiti mereka. Liriknya juga mengisahkan penyelesalan dan tentunya dekat dengan pendengar tempatan.

Tidak mustahil lagu ini mampu mengulangi kejayaan lagu Cinta Ini Membunuhku.

Selain dua karya ini, album D’MASIV turut menampilkan lagu Mengetuk Pintu, Jeda, Melodi, Perhatian Perhatian!, Tak Punya Nyali, Teman Makan Teman, Single dan Bersama Dalam Cinta.

Malaysia menjadi lokasi pertama single ini dilancarkan dan menurut Rian, D’Masiv menyajikan muzik yang sesuai dengan pasaran negara ini.

“Muzik kami dekat dengan pendengar Malaysia. Memandangkan kami mempromosikan lagu di Bawah Langit Yang Sama tempoh hari jadi kami teruskan dengan melancarkan single kedua di sini terlebih dahulu.

“Insya-Allah, menjelang Oktober Dengarlah Sayang akan dilancarkan di Indonesia. Kami yakin, Dengarlah Sayang mampu mengimbau kembali memori pendengar Malaysia terhadap lagu lama kami,” katanya.

Tambah Rian lagi, berbanding album terdahulu, album ini menyajikan kematangan muzik D’Masiv.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");