Sukan Hari Ini

Tak rela putih mata

Seremban: Selepas gagal meraih kemenangan menerusi dua perlawanan sebelum ini, Negeri Sembilan tidak rela kegagalan itu berulang apabila turun menentang Sabah, dalam aksi Liga Perdana di Stadium Likas, malam ini.

Biarpun beraksi di gelanggang lawan, skuad Hoben Jang Hoben bertekad mendapatkan kemenangan untuk memperbaiki kedudukan pasukan di tempat kelima carta ketika ini.

Penolong kapten Annas Rahmat berkata, mereka akan turun dengan membawa rekod kemenangan ke atas Terengganu dalam aksi Piala Malaysia, Sabtu lalu, sebagai bekalan keyakinan untuk memastikan tiga mata berharga dibawa pulang dari Likas.

Katanya, walaupun diketahui Sabah mempunyai rekod baik di laman sendiri namun dia dan rakan sepasukan bertekad memastikan Negeri Sembilan mampu mengekalkan persembahan terbaik dan seterusnya meraih kemenangan.

“Ketika ini kami sudah ketinggalan jauh dan memerlukan mata maksimum dalam setiap perlawanan andai mahu mencabar empat pasukan menduduki tangga teratas carta,” katanya semalam.

Dia berharap jentera serangan diterajui Goran Jerkovic bersama Mohd Afiq Azmi dapat mengulangi aksi cemerlang dalam misi merobek gawang Sabah.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");