Panasnya Hari Ini

SAMM Tolak Penyertaan Muhyiddin Dalam Siri Jelajah 1MDB

KUALA LUMPUR:Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menolak penyertaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam jelajah ceramah anjuran PKR.

Memetik sumber Berita harian, Penyelaras Mudanya, Faisal Zainal Timbakan yang juga Ketua Angkat Muda Keadilan (AMK) Bukit Gantang, menegaskan baahwa PKR mampu menganjurkan sendiri jelajah itu sambil dibantu rakan dalam pakatan pembangkang tanpa perlu penglibatan daripada Muhyiddin.

“Muhyiddin tidak patut diberi kerjasama oleh PKR, malah tidak layak langsung diangkat sebagai hero baharu rakyat.

Adakah ketika jadi Timbalan Perdana Menteri, beliau gagal memahami derita rakyat dan selepas hilang kuasa, baru hendak fahami derita rakyat.

“Sekiranya Muhyiddin menginsafi kesilapan lalu dan mahu memilih jalan berjuang bersama Pakatan Harapan, beliau perlu perjelaskan tindakannya menyokong dasar kerajaan sebelum ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");