Isu Panas

5,000 ahli Pekida Kelantan sokong RUU 355

KOTA BHARU: Bagi menyatakan sokongan kepada pindaan RUU355, satu memorandum sokongan mewakili lebih 5,000 ahli Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah (Pekida) negeri diserahkan kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, disini.

Penyerahan memorandum tersebut diketuai Setiausaha Majlis Ayahanda Kelantan, Drs Zainuddin Awang kepada Datuk Mohd Amar selepas tamat kuliah sesi kedua yang disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan itu.

Mohd Amar ketika ditemui berkata, pihak kerajaan negeri menghargai pendirian yang dibuat Pekida dan berharap badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain juga turut tampil menyatakan sokongan mereka kepada pindaan tersebut.

“Ini menunjukkan semangat keagamaan dan juga kesungguhan untuk memartabatkan syariat Islam. Ia juga membantu menaikkan semangat dan moral kita untuk bentang nanti.

“Kita juga yakin kita akan baca (bentang) untuk kali kedua dan dengan apa yang dinyatakan sebelum ini, saya yakin kita tidak akan berdepan masalah. Apa yang penting, doa dan sokongan daripada semua umat Islam amatlah diperlukan,”katanya.

Naib Presiden Pas itu juga memberitahu, pihaknya telah bersedia dengan pelbagai jawapan hujah termasuklah dari segi undang-undang dan secara teknikalnya.

Ketika ditanya mengenai penerimaan masyarakat bukan Islam negeri ini, beliau berkata, majoritinya telah menerima perkara tersebut berbanding masyarakat bukan Islam di luar Kelantan yang mungkin berdepan dengan isu politik.

“Di luar daripada Kelantan ini semuanya lebih kepada isu politik, disensasikan oleh parti politik seperti MCA, Gerakan dan DAP. Mereka ini ada kepentingan politik tersendiri. Untuk dapatkan sokongan pengundi supaya mereka dianggap pejuang orang bukan Muslim. Sedangkan RUU ini tidak libatkan pun orang bukan Islam,”katanya.

Mohd Amar turut berharap ahli parlimen bukan Islam yang tidak menyokong RUU tersebut tidak menentang secara membabi buta, manakala ahli parlimen beragama Islam pula memberi sokongan padu sebaik mungkin.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");