Perak Hari Ini

Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perak Meriah

MANJUNG: Pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan kurang upaya (OKU) telah memeriahkan Hari Sukan Negara peringkat negeri Perak yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini.

Majlis yang telah dihadiri oleh lebih kurang 10,000 peserta itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

6

Zambry dalam ucapannya telah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Negara kerana menganjurkan satu program yang memberikan banyak manfaat kepada rakyat di negara ini.

Beliau juga berharap lebih ramai atlet dan ahli sukan dapat dilahirkan menerusi program sebegini.

16

“Ini sebagai persediaan kita untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2018 yang mana negeri Perak menjadi tuan rumah.

“Dengan itu kita harap kita setanding dan dapat menewaskan negeri yang hebat seperti Sarawak, Selangor dan negeri-negeri lain,” katanya.

14

Terdahulu, kesemua peserta telah hadir seawal jam 6.30 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang majlis berkenaan berlangsung.

Antara acara yang diadakan sempena Hari Sukan Negara peringkat negeri ini termasuklah kayuhan, larian, aerobik dan seni mempertahankan diri yang bermula sejak jam 7 pagi lagi.

11

Turut diadakan adalah acara sepak raga tuju yang juga telah mencipta ‘Malaysia Book of Record’ dengan catatan penyertaan seramai 1,309 peserta.

Pada majlis tersebut, Zambry turut menyampaikan beberapa anugerah termasuk Anugerah Hari Sukan Negara Perak 2016, Anugerah Ikon Belia Negeri Perak dan sesi memperkenalkan pasukan ragbi negeri Perak.

9

Penganjuran Hari Sukan Negara peringkat negeri tersebut adalah selaras dengan sambutan Hari Sukan Negara yang disambut serentak diseluruh negara pada hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");