Sukan Hari Ini

Neymar perlu bersikap lebih matang

PENGURUS Brazil, Tite meminta Neymar bersikap lebih matang setiap kali berdepan provokasi lawan.

Tite mengeluarkan kata-kata nasihat itu selepas Neymar dilayangkan kad kuning kerana bertindak balas terhadap kekasaran dilakukan pemain Bolivia, Pedro Azogue pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018, semalam.

Layangan kad kuning itu menyaksikan Neymar terlepas satu perlawanan.

Dalam perlawanan tersebut, Neymar cemerlang menghasilkan satu gol dan dua assist ketika membantu pasukannya menewaskan Bolivia 5-0.

“Neymar perlu lebih matang dalam menangani provokasi daripada pemain lawan. Dalam perlawanan ini, jelas dilihat Neymar menerima kekasaran yang berlebihan daripada pemain lawan hingga menyebabkan dia naik angin.

“Dalam hal ini, pengadil seharusnya memainkan peranan untuk menghukum pemain lawan yang kerap melakukan kekasaran ke atas Neymar. Namun, saya kecewa pengadil tidak membuat keputusan dengan baik sehingga menyebabkan Neymar terlepas satu perlawanan.

“Walaupun terpaksa beraksi tanpa Neymar menentang Venezuela nanti, kami perlu jadi lebih kuat dan diharapkan dapat terus mengekalkan rentak kemenangan,” ujar Tite.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");