Sukan Hari Ini

Mercedes juara pengeluar

Suzuka, Jepun: Nico Rosberg (gambar) menjulang kemenangan pada Grand Prix Jepun semalam, sekali gus memberi tekanan kepada Lewis Hamilton untuk menghampiri gelaran dunia Formula Satu pertamanya.

Rosberg meraih kemenangan pertama di Suzuka dari petak pertama ketika Hamilton menduduki tempat ketiga selepas permulaan buruk, membolehkan pelumba Jerman itu melebarkan penguasaan berbanding rakan sepasukan Mercedes kepada 33 mata musim ini.

“Woooooooh!” jerit Rosberg menerusi radio pasukan selepas kemenangan kesembilan tahun ini dan keempat daripada lima perlumbaan terakhirnya.

“Terima kasih banyak, semua. Hujung minggu menakjubkan dan tahniah kerana menjuarai kategori pengeluar,” katanya selepas dia dan Hamilton meraih kemenangan ketiga berturut-turut untuk Mercedes.

“Sudah 33 mata tapi saya tidak fokus terhadapnya. Perjalanan masih jauh lagi justeru saya perlu bersikap merendah diri.”

Pemandu Red Bull Max Verstappen berjaya mengekang asakan daripada juara dunia Hamilton pada beberapa pusingan terakhir untuk menduduki tempat kedua, ketinggalan lima saat selepas menduduki tempat kedua di Malaysia hujung minggu lalu.

Dua pelumba Ferrari Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen menduduki tempat keempat dan kelima.

Pelumba Red Bull Daniel Ricciardo, yang meraih kemenangan di Sepang selepas enjin Hamilton terbakar menduduki tangga keenam di depan dua pelumba Force India Sergio Perez dan Nico Hulkenberg.

Pelumba Williams Felipe Massa dan Valtteri Bottas masing-masing menduduki tangga kesembilan dan ke-10 menerusi strategi satu hentian.

Hamilton, yang gagal meraih kemenangan selepas Hockenheim pada akhir Julai, hampir menduduki tempat kedua apabila pelumba Britain itu cuba memintas Verstappen di salah satu selekoh pada pusingan terakhir.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");