Jenayah

2 ahli Geng Kapak diburu

Ampang: Polis menahan seorang lelaki dipercayai dalang utama kegiatan samun kedai serbaneka 24 jam dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Ampang Mewah, di sini, pada 8.15 malam, 18 November lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, lelaki berusia 21 tahun terbabit dipercayai dalang kumpulan samun kedai serbaneka 24 jam dikenali sebagai Geng Kapak.

“Modus operandi geng berkenaan adalah menyamun kedai serbaneka 24 jam di daerah ini bersenjatakan kapak bagi mengugut mangsa menyerahkan barang dan wang tunai.

“Hasil serbuan di kediaman suspek di Jalan Ampang Mewah, kami merampas kapak, pemutar skru, pisau, rokok pelbagai jenama, sebungkus duit syiling dan dua motosikal dipercayai digunakan dalam kegiatan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Hamzah berkata, penahanan suspek itu membantu menyelesaikan tujuh kes samun kedai serbaneka 24 jam termasuk satu kes pecah rumah di daerah berkenaan.

“Geng ini dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun sejak dua tahun lalu.

“Kami masih memburu dua lagi suspek berusia 21 dan 25 tahun dipercayai ahli geng berkenaan yang masih bebas,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");