Sukan Hari Ini

Kelate.Net harap kerajaan negeri bantu

KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) berharap kerajaan Kelantan dapat membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi membolehkan badan induk bola sepak negeri itu membentuk pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017.

Presidennya, Mahizi Mahmood berkata, sekalipun kerajaan negeri sudah menyatakan pendirian tidak mahu mengambil alih tampuk kepimpinan Kafa, namun bantuan mereka tetap ditagih bagi meringankan beban yang ditanggung persatuan itu.

“Kita tidaklah sampai mengharapkan kerajaan negeri beri peruntukan berjuta-juta ringgit seperti dilakukan (kerajaan) Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang kerana kita tahu sumber kewangan kerajaan negeri sendiri amat terbatas.

“Tetapi setidak-tidaknya kerajaan negeri dapat melihat bantuan dari segi mana yang sesuai boleh diberikan kepada Kafa.

“Apa bentuk sumbangan atau bantuan, itu terpulang kepada mereka tentukannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberitahu, kerajaan negeri tidak berminat mengambil alih pengurusan Kafa sebaliknya bersedia membantu persatuan itu demi kelangsungan bola sepak Kelantan.

Kafa memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta bagi membolehkan skuad The Red Warriors (TRW) kekal beraksi secara kompetitif dalam saingan Liga-M musim depan.

Dalam perkembangan lain, Mahizi memberitahu, pihaknya sedang mempertimbangkan hasrat untuk membantu Kafa menerusi bayaran komisen hasil jualan produk eksklusif milik mereka berjenama Gomogi.

Menurutnya, Kelate.Net melalui anak syarikat Gomogi Premium sebelum ini pernah membantu Kafa dari segi menaja peralatan sukan kepada pemain selain membayar royalti kepada persatuan itu, pada musim lalu.

“Kita komited mahu membantu Kafa dengan membayar 15 peratus daripada setiap hasil jualan barangan akan disalurkan terus ke akaun Kafa, namun dalam masa sama, kita harap mereka tidak kenakan royalti di atas penggunaan logo rasmi TRW itu.

“Malah Kelate.Net juga tidak menolak untuk menaja Kafa dengan jumlah lebih besar dan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah syarikat nanti,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");