Isu Panas

KJ diberi penghormatan mula perbarisan perasmian

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan diberikan penghormatan untuk memulakan acara perbarisan sempena perasmian Perhimpunan Agung parti, Khamis ini.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata penghormatan itu diberikan oleh ibu pejabat sebagai penghargaan atas pertauliahan pangkat Brigadier Jeneral yang diterima Khairy dalam pasukan Askar Wataniah baru-baru ini.

“Mengambil sempena pentauliahan itu, kami bersepakat untuk memberikan satu perbarisan hormat yang akan diambil oleh Khairy bagi melakukan acara permulaan sebelum bermulanya acara-acara rasmi yang lain,” katanya.

“Ia adalah antara perkara baharu yang akan dilakukan pada Perhimpunan Agung kali ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh perasmian Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Pada 26 Okt lepas, Khairy yang merupakan Menteri Belia dan Sukan dan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah dinaikkan pangkat daripada Kolonel kepada Brigadier Jeneral, berkuat kuasa 14 Januari 2015.

Mengulas mengenai persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2016, Ab Rauf berkata hampir 80 peratus persiapan telah diselesaikan bagi membolehkan PWTC menerima 5,792 anggota perwakilan parti yang bakal menghadiri perhimpunan tahunan itu.

Beliau turut menganggarkan kira-kira 500,000 pengunjung akan mengunjungi PWTC sepanjang perhimpunan yang akan bermula 29 November hingga 3 Disember ini.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");