Sukan Hari Ini

Lapan pemain harum nama negara

Kuala Lumpur: Mereka hanya pemain amatur, tapi lapan individu ini mengharumkan nama negara ketika beraksi di Kejohanan Golf Amatur Dunia Ke 22, di Durban, Afrika Selatan baru-baru ini.

Dalam kategori Berpasukan Jemputan Antarabangsa, Malaysia muncul naib juara manakala kategori Berpasukan Antarabangsa menduduki tempat ketiga.

Bagi kategori Berpasukan Antarabangsa, Malaysia diwakili Faridzuan Che Hamid (Medal A), Rastam Ariffin Ahmad Khairuddin (Medal B), Mohd Fazli Ramlan (Medal C), Azizul Borhan (Medal D) dan Geroad Demandan (Medal E)

Kategori Berpasukan Jemputan Antarabangsa pula diwakili Mohd Pizul Hazmi (Medal A), Budaya Abdullah (Medal B) dan Wan Kamal Wan Ismail (Medal D).

Lebih menggembirakan, Mohd Fazli muncul juara dunia Medal C Individu Antarabangsa manakala tiga lagi meraih naib juara iaitu Faridzuan yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Kedah (Medal A Individu Antarabangsa), Budaya (Medal C Individu Jemputan Antarabangsa) dan Wan Kamal (Medal D Individu Jemputan Antarabangsa).

Pertandingan itu berlangsung selama empat hari di empat lapangan golf berlainan dari 22 hingga 29 Oktober lalu dan format permainan adalah stroke play.

Skuad negara ditaja Perodua selaku penaja utama, selain Delta Trends Golf and Leisure Holidays, Crestlink dan Srixon.

Malaysia akan menjadi tuan rumah edisi ke-23 tahun depan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");