Jenayah

Lapan suspek rompak MT Orkim Harmony didakwa hari ini

SENAI: Lapan suspek warga Indonesia yang disyaki merompak kapal tangki MT Orkim Harmony pada 11 Jun 2015 berhampiran Pulau Aur dekat Mersing, tiba di Senai Business Aviation Terminal, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini, jam 6.14 pagi tadi.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim, Datuk Seri Ahmad Puzi Ab kahar berkata, semua suspek yang berusia antara 21 hingga 63 tahun itu dibawa ke Malaysia selepas diekstradisi dari Vietnam untuk menghadapi pertuduhan di negara ini.

Urusan membawa pulang lapan suspek berkenaan berjalan lancar dan berlepas dari Hanoi kira-kira jam 1.30 pagi, hari ini dan dikawal ketat membabitkan 40 anggota dan pegawai APMM termasuk skuad elit agensi itu.

“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi bagi proses pendakwaan, kita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi proses ekstradisi warga Indonesia berkenaan.

“Ini adalah proses ekstradisi pertama yang dijalankan APMM dan ia turut melibatkan warga asing dan ia berjalan dengan lancar dengan kerjasama pihak berkuasa beberapa negara jiran dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, di sini, kira-kira jam 6.30 pagi hari ini, di Senai Business Aviation Terminal, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), di sini.

Lapan suspek kemudiannya di bawa ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi dari LTAS kira-kira jam 8.00 pagi tadi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");