Berita Hari Ini

Lelaki perlu tahu hak wanita selepas perceraian

BANGI – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyebar luas maklumat berhubung hak wanita dalam perkahwinan dan kekeluargaan kepada golongan lelaki supaya kes tuntutan anak dan nafkah dapat diselesaikan secara baik dan adil.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, maklumat berkenaan perlu disebar kepada golongan lelaki memandangkan banyak kes perceraian seperti tuntutan nafkah dan penjagaan anak tidak dipandang serius oleh mereka.

“Kesedaran berkaitan hak wanita dalam undang-undang amat penting agar wanita bukanlah objek yang sentiasa disakiti dan menjadi mangsa.

“Lelaki juga perlu mengambil tahu informasi dan maklumat berkenaan hak wanita terutamanya selepas perceraian,” katanya pada majlis pelancaran buku ‘Pergerakan Wanita Dalam Memperjuangkan Hak’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakilinya bagi melancarkan buku berkenaan.

?Rohani berkata, antara program KPWKM yang memberikan tumpuan kepada golongan lelaki ialah Program Literasi Undang-Undang bersempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada Ogos lepas.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");