Membawang Hari Ini

‘Rasa cinta datang bila tiba masa’

Setahun bergelar ibu tunggal, pelakon jelita Fasha Sandha belum bersedia menjalin hubungan serius dengan mana-mana lelaki.

Bukan tiada yang cuba mendekati, tetapi buat masa ini dia Fasha lebih selesa berkawan.

“Saya tidak pernah menutup pintu hati untuk mencari pengganti. Tidak dinafikan ada beberapa lelaki rapat dengan saya buat masa ini, tetapi mereka hanya saya anggap sebagai kawan.

“Saya belum bersedia melangkah ke fasa lebih serius. Biarlah berkawan dan kenal hati budi dulu.

“Lagipun, bukan mudah untuk saya pupuk rasa cinta. Saya percaya sampai masa rasa itu akan datang dengan sendirinya,” katanya.

Meskipun terikat dengan penggambaran Lara Aishah, ibu penyayang ini tidak pernah mengabaikan perasaan dua anaknya, Putra Rayfal Ramli, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.

Terbaru, dia meraikan ulang tahun Jemyma di sebuah restoran terkenal, Isnin lalu.

Tidak terkecuali hadir sama bekas suaminya Jejai sekali gus membuktikan hubungan mereka masih kekal bertaut sebagai kawan serta bapa kepada anak biarpun tidak lagi tinggal sebumbung.

Ditemui selepas majlis berakhir, Fasha, 32, berkongsi perasaan gembira dapat menganjurkan majlis yang meriah buat anaknya.

“Alhamdulillah, majlis ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Kebetulan lokasi ini milik rakan dan saya selalu adakan majlis di sini.

“Seronoknya kerana walaupun sederhana dan dibuat saat akhir, ramai kenalan termasuk rakan artis hadir bersama anak.

“Saya tak dapat buat pada hujung minggu kerana terikat dengan penggambaran. Saya cuti hari Isnin dan kebetulan ulang tahun kelahiran Jemyma, jadi sesuai sangat saya buat majlis ini,” katanya.

Menurut Fasha, demi tanda kasihnya terhadap Jemyma segala urusan dilakukan sendiri tanpa bantuan perunding acara.

“Saya senang buat sendiri dan tak suka guna khidmat perunding acara. Boleh dikatakan setiap tahun saya akan anjurkan majlis ini.

“Ada kalanya saya buat hanya untuk keluarga terdekat. Ia bergantung kepada jadual kerja saya.

“Kecil atau besar majlis saya akan buat juga agar ada memori apabila mereka besar nanti,” katanya.

Menurut Fasha, Jemyma seorang anak yang bijak dan cepat matang berbanding rakan sebaya.

“Jemyma ada karakter sendiri dan seorang yang berdikari. Dia juga manja dan langsung tak menunjukkan minat terhadap seni.

“Saya pun kalau boleh tidak mahu dia jadi anak seni,” kata Fasha.

Dalam perkembangan lain, Fasha giat mengurangkan berat badan kerana terbabit dengan penggambaran filem Badang pada Januari nanti.

“Berat sekarang 58.5 kilogram dan saya bercadang turunkan 3.5 kilogram lagi.

“Selain menjaga pemakanan, saya membabitkan diri dengan sukan muay Thai dua bulan sekali dan itu sudah memadai,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");