Jenayah

Temui mayat reput, kaki dimakan binatang buas

BUKIT TENGAH: Penduduk di Kampung Tongkang gempar dengan penemuan mayat lelaki dalam keadaan reput di dalam kawasan ladang kelapa sawit di kampung berkenaan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut.

“Mayat berkenaan ditemukan di kawasan paya di ladang kelapa sawit kampung berkenaan dalam keadaan tertiarap dalam air paya.

“Pemeriksaan awal mendapati mayat merupakan seorang lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 40an dan memakai seluar panjang serta tidak berbaju,” katanya.

Katanya, buat masa ini pihak polis masih belum mengenal pasti identiti mayat tersebut.

“Keadaan mayat yang telah mereput menyukarkan pihak kami untuk mengesan identiti mangsa, selain itu keadaan kaki kanan mayat juga telah tinggal tulang dipercayai dimakan binatang buas.

“Pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian turut menemukan sebuah kereta Proton Iswara tersangkut dalam lumpur berhampiran lokasi mayat ditemukan,” katanya.

Katanya, buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian.

“Status kenderaan yang ditemui itu sedang dijalankan, mayat tersebut dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

“Siasatan awal yang dijalankan buat amsa ini mendapati tiada sebarang kesan yang menimbulkan syak wujudnya jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut terlebih dahulu,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");