Berita Hari Ini

Azan subuh terus berkumandang biarpun masjid runtuh

PIDIE JAYA: Biarpun tanpa cahaya lampu dan bergelap sejak tiga hari lalu, umat Islam dan masyarakat setempat di sini tetap menunaikan kewajipannya menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Tinjauan jurufoto The News Straits Times Press (M) Berhad awal pagi tadi berkesempatan merakamkan aktiviti awal pagi masyarakat di sini yang kebanyakannya adalah nelayan dan pesawah.

Azan subuh masih terus berkumandang di sini tanpa pembesar suara dengan sebahagian bangunan masjid runtuh akibat gempa bumi kuat 6.5 magnitud yang melanda Aceh, awal pagi kelmarin.

Masjid Jami Quba, salah satu masjid yang musnah akibat bencana itu turut dijadikan penempatan sementara dan didiami penduduk kampung yang mendapat perlindungan serta menginap di luar pekarangan bangunannya.

Pihak berkuasa semalam melaporkan kira-kira 49 masjid roboh di daerah ini yang paling teruk kemusnahannya pada gempa kali ini.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");