Jenayah

Maut terjatuh tingkat tujuh

Puchong: Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah pangsapuri di Bandar Kinrara di sini, jam 9.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 40-an maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.36 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemui tertiarap dalam keadaan berlumuran darah di bawah banggunan berkenaan.

“Pasukan perubatan yang berada di lokasi mengesahkan kematian mangsa. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");