Panasnya Hari Ini

DAP dan Sekutu Cuba Tanam Kebencian Pada BN

KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 hari ini menegaskan DAP dan sekutunya adalah musuh sebenar UMNO yang berhasrat melenyapkan kampung Melayu, menggugat setia kawan politik dan menyemai benih kebencian terhadap Barisan Nasional (BN).

Memetik sumber Berita harian,ujarnya seandainya DAP dan sekutunya dibiarkan untuk terus memerintah pasti rakyat akan terus menderita dan teraniaya.

“Mereka semai benih kebencian sehingga rakyat jadi takut untuk menyokong BN kerana hasutan mereka.

“Mereka juga mencabar institusi raja, mereka biadap terhadap istana sehingga nampak ‘kaduk sudah naik junjung.

“Cukuplah jerit perih ini kita tanggung dan penderitaan yang dilalui rakyat, …kegagalan mereka ini menyusahkan kita, bayangkan kalau mereka terus memerintah, terus menganiaya rakyat dan menguasai Putrajaya,” katanya membahaskan ucapan dasar Presiden pada di sini, hari ini.

Budiman yang juga wakil Selangor pada perhimpunan itu turut berkata kerajaan Selangor di bawah pembangkang adalah kerajaan yang gagal kerana rakyat Selangor masih berhadapan dengan isu kemiskinan bandar, perumahan dan kos sara hidup.

“Apa ertinya pakatan menang di Selangor kalau kesejahteraan rakyat dipinggirkan, lif rumah pangsa gagal selenggara, angka kematian akibat denggi terus meningkat.

“Apa makna air percuma kalau air tiada, caj bil meningkat, air bersih yang diminta tapi air keruh yang kami terima, maknanya air percuma tidak ada makna,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");